lama tak update blog. M-A-L-A-S pastu sibuk dengan hal lain. hehe. tetibe rse nak update sebab tarikh arini cantik 20112011 lagi cun dari 111111.. hehe. oh lagi satu, saya seronok sebab dah dapat result untuk quiz organic chemistry aritu.. B+ jeh.. haha ok la untuk org yang tak kuat study. oh, final bulan januari nanti, ok time tu dah umur 20 taun. tua oh~ ok, dah cuak. haha
Sunday, November 20, 2011
Wednesday, September 21, 2011
seronok-seronok
Dah lama tak tulis blog. Lepas exactly dua minggu baru rasa nak tulis something. Urrmm, tadi first kelas practicle biology genetic. Kena buat specimen bagai tu sume. Bila tengok dekat bawah microscope tu, nampak la yang cover tu pecah. Hahaha. Tak kesah la yang tu, tapi pasti nye saya dah pecahkan cover slide tu.
Cuak gler, yela, dulu kalo pecahkan benda2 camtu kena denda la marah la sume bagai kena. Tapi bila saya bagi tau Dr tu, die gelak je. Cover slide pecah takpe, jangan slide yang pecah, kalau pecah pun bole buat baru. Hehe. Terbaek! Sepanjang hidup saya la kan, jadual dekat u la paling tak padat.
Kuliah organic chemistry, rasa macam ape je. Masuk.duduk.dengar.balik. Tu je yang boleh digambarkan. Haha! Paling seronok, setiap hari, kecuali isnin dengan jumaat, kelas sume start pukul 3,4 petang. Seronok jugak la. Macam ada bunga2 kat tepi bila kartun tengah seronok. haha!
Makanan! Oh, saya tak suka makanan kat sini. Ok, tak kesah la sedap ke tak, tapi yang pastinya pedas. Minggu orientasi tak rasa sangat, sebab takde masa nak makan pun. Bila masuk minggu kedua, amik kau sume sakit perut, dah la cik tan tu satu je dekat cube kitorang ni. Nak kena kongsi 8 orang.
Kelas bm paling seronok la. Semua nak kena cakap dalam bahasa baku. Haha! Dah rasa macam duduk dekat sabah sarawak je. Nak Tanya soalan pun dalam bahasa baku ye. Ceh! Walaupun ada tambahan –nye kat belakang, kena sebut –nya.. haha, serious comel.
p/s: untung la satu kelas dengan dia J
Sunday, June 19, 2011
UPDATE!
Friday, June 10, 2011
hurmm...
Bila suatu hari kita dapat banda yang tak pernah kita angankan, indah ke perasaan tu?? Entah la. Tiba2 terasa nak update blog yang nak dekat sebulan tak bersentuh. Sibuk marathon Paradise Ranch, tengok lagu, baca gosip yang mengarut-ngarut, tekanan perasaan, tak boleh tidur malam, ok cukup!
Sunday, May 22, 2011
Saturday, May 21, 2011
Day four : 10 things i want to say to a person
Haha..yang ni paling mencabar. Nak cakap sape? Banyak pulak tu, nak sampai 10. Mati nak pikir. Hehe..takde la sampai mati.
Friday, May 20, 2011
Day three : 10 things i hate
1. lipas
Thursday, May 19, 2011
Day two : 10 things i love
1. nama saya
Wednesday, May 18, 2011
Day one : 10 things about me
1. suka makanan
10 things challenge
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words
Tuesday, May 17, 2011
THE DAY!
Ok, keputusan pspm II keluar esok. woish!! Cuak la. Ramai yang dah post benda2 mengarut dekat fb.
Friday, May 13, 2011
Hope is the thing with feathers Harapan membuatkan seseorang tu berfikir tentang impian. Impian hadir setelah diberi harapan. Kita takkan tau bila nikmat kita akan ditarik, yang pastinya, perkara itu memang akan berlaku. Impian. Setiap orang ada impian yang tersendiri. Tak kira la besar atau kecil. Tapi semestinya impian kita sukar untuk dicpai. Namun, pernah tak kita bayangkan yang satu hari kita berjaya capai impian tu. Pernah tak kita pikir lepas dapat realisasikan impian tu, apa kita nak buat seterusnya? Saya baru sedar yang saya tak tau nak buat apa kalau dah capai impian. Ok, dah mula nak merepek la tu. p/s: tiba2 cakap pasal emily dickinson sebab tengok criminal minds.
That perches in the soul,
And sings the tune--without the words,
And never stops at all...
Wednesday, May 11, 2011
WONDERFUL DAY WITH WONDERFUL PEOPLE
Satu hari yang indah pasti akan bermula dengan perkara yang perit. Kenapa saya cakap camtu. Ok, pagi2 lagi dah kena keluar rumah sebab nak jumpa korang punya pasal. Sesat dekat lrt titiwangsa, salah naik train, jatuh tangga depan masjid jamek. Ok, semua tu tak kelakar. boleh pulak salah naik train nak pegi sentul. Takde la lama sangat dah tak naik train tu. Haish.. Malu la jugak masa jatuh tangga tu, tapu muka buat2 cool je. Haha.
Monday, May 9, 2011
Ok, mari buat entri baru. Banyak nak dicoret malam ni. Saya nak mula dengan apa yang saya buat dekat rumah. Ternyata sape2 pun kalau dapat cuti 5 bulan, mesti aktiviti tidur paling topkan? Yeah! saya suka tidur. Tapi saya tak suka tidur malam, sebaliknya tidur siang lagi menarik. Haha. Betul la, cuba buat sekali.
Friday, May 6, 2011
MANUSIA....
Saya sedih masa tulis entri ni. Siapa sangka orag yang cantik tapi boleh keluarkan perkataan2 yang tak elok. Hei, mencarut tu tak cool ok? Kalau nak mencarut kat orang lain boleh terima lagi, ni masalahnya awak mencarut dekat saya ye.
Tolonglah, macam budak kecil je tulis benda2 yang tak elok pastu bagi orang lain baca sebab awak cemburukan seseorang. Sungguh tak masuk akal. Kalau nak ikutkan, saya pun boleh buat macam tu, tapi saya bukanlah orang yang suka2 nak mencarut kat orang lain, walaupun bukan secara berdepan.
Fikirlah balik apa yang awak buat tu betul ke tak. Rugi je muka cantik, tapi mulut... Kadang2 saya rasa menyesal sebab baca blog orang lain. Buat hati sendiri rasa macam tak berguna langsung.. hurrmmm..
Sunday, May 1, 2011
buku, buku, buku, makan, dan pinggan mangkuk
Saturday, April 30, 2011
HAPPY BIRTHDAY UMMI..
Wednesday, April 27, 2011
LOVE IS IN THE AIR
Hahahaha. Ok, tajuk tu takde kaitan dengan status saya. Hari ni bangun pagi terus mengadap lappy dengar lagu nicholas teo. Ahhhhh~ i'm in love with you. HAHA. Saya baru tahu yang nicholas teo nyanyi lagu sempurna versi mandarin.
Tuesday, April 26, 2011
THE OVER (haha, pelik kot)
Ok, setelah sekian lama (takde la lama sangat) tak update blog, tiba2 rasa macam nak tulis sesuatu hari ni. Saya naktulis pasal cinta sebenarnya, tapi... takde papelah... Pernah tak korang terfikir kenapa orang bercouple? Adakah ianya perhubungan yang baik. Ye, memang betul, perhubungan yang merapatkan hati dua insan. Dua insan yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Memang indah perasan orang yang dilamun cinta, segalanya jadi seronok tapi… bila satu hari cinta tu mulai hilang, semua sayang, kasih, cinta, rindu, dah takde. Saya tidak bercakap tentang diri saya..
Oh, blog. Saya tak menyesal follow blog orang tu, tapi kerana saya baca blog tu, saya tahu kebenarannya. Saya ada tengok satu movie ni, dia ada cakap,
‘there is no choice between love and friendship it’s a package, which is either you get both or you lose both’.
And i choose to lose both. That's would be good for us :)
Oh, tadi saya semak keputusan untuk temuduga kemasukan upu, saya tak mohon satu pun course yang ada temuduga, haha patut la tak dapat bila check. Hahaha!
Oh, saya main game baru. Seronok kot!
That's all for now, thank you for reading.
ps: baru saya tau maksud ps ni Post script. ahaha~
Sunday, April 10, 2011
STUDY WEEK
Ok, kali nk kena update blog untuk seminggu. Minggu belajar mula pada 4 April dan berakhir pada 10 April.
Day 1
Hari pertama study week, saya bangun pukul 8pagi, padahal malam sebelum tu tidur awal. Kalau hari2 macamni, habis je minggu study, terus naik 2kg. HAHA! Saya masuk bengkel kimia, boleh tahan la. Permulaan yang bagus untuk minggu study kali ni berbanding semester lepas. Haha. Miss Poh yang jadi tutor kitorang, dia cakap ‘awak bole ingat kea pa yang awk belajar harini,nak jawab kimia lagi 2 minggu’ kitorang gelak jela. Haha! Sorang lagi lecturer, (saya tak kenal sangat) dia tanya ‘ni yang dating bengkel harini semua yang dapat A waktu UPS ke?’ haha. Makan dalam kot, saya dapat C solid la masa UPS. Oh, petang tu saya makan nasi lemak sampai dua bungkus. Ok, segan je ckp macam tu. Haha.
Day 2
Saya bangun pukul 10 juga harini. Hahaha. Loser la minah ni. Bila fikir balik,apa yang saya dah ulangkaji?? Haha, entah la. Kimia jela kot, tu pun sebab ada bengkel semalam.
Day 3
Seperti semalam, saya bangun pukul 10pagi. TAHNIAH mun! Bilalah nak bangun awal dalam study week ni? Haha. Sama seperti semalam, saya sendiri tak tahu apa yang saya belajar. HAHAHA! Oh, petang tu blackout. I HATE BLACKOUT! Rasa nak nangis je masa tu, takde la gelap sangat, cuma takut. Jadi untuk menghilangkan rasa takut tu, saya baca MA’THURAT. Lepas saya aminkan doa,terus ada lampu. YEAH! First time rasa macam doa termakbul. HAHA!
Day 4
Oh, saya puasa harini. Rasanya dah lama sangat tak puasa. Banyak gila saya beli makanan untuk berbuka. Dengan nasinya, ubi keledek lagi, roti canai pulak. Haha, boleh pecah perut macam tu.
Day 5
Not much different from the second and third day. HAHA. Bezanya saya bangun awal hari ni. Basuh baju, tuala, cadar, sarung bantal semua tu. Tiba2 aura kerajinan untuk membasuh datang, saya pun cucilah mereka dengan penuh semangat. Haha.
Day 6
Saya tak ingat apa yang jadi masa hari ke-6. Sumpah tak tahu apa yang saya buat!
Day 7
Last day in study week. I slept early, 10.45 I guess. Haha, then woke up at 4 o’clock. Haha! Pastu tidur balik la jawapnya. Saya rasa saya dah bersedia bertemu hari esok! Haha!
p/s: kebanyakkan hari2 dalam minggu study saya tengok movie tengah2 malam, tu yang susah nak bangun. Haha!
Friday, April 1, 2011
PASTI ADA RINDU~ (PART II)
Saturday, March 26, 2011
PASTI ADA RINDU~
Sunday, March 20, 2011
WONDERFUL NIGHT WITH MY BESTIES
SERONOK!
Cukup setakat ini, boleh? haha
Wanie dear, terima kasih sebab popularkan blog i.. heeee~
Saturday, March 19, 2011
WONDERFUL DAY!
Saya seronok masa jamuan kmm tadi. Walaupun ada kmm yang tak berapa nak bagi kerjasama. Tapi kmm kitorang semua sporting. Haha. Chi Peng yang comel, fathin yang malu, diba yang banyak gelak, wanie yang pendiam, ain yang ceria, habib yang sengal, amar tak tau malu, anas yang penyegan min yang entah la. Hahaha. Mun?? tak payah cerita la. Hahaha. Tapi seronok sangat2 la tadi, rasa nak nangis bila dah takde perjumpaan kmm lagi.
Oh, pasal game yang kitorang main tadi. Kmm kitorang kena uruskan semasa majlis, kiranya tak payah kena kemas atau masak makanan la. Jadi pengerusi majlis, penyelaras game, uruskan hadiah, tu je. Kitorang menang satu game, goreng pisang punya game. Hahaha. Mengarut la game tu. Oh, saya kena jaga satu game, telefon buruk. Haha.
Ni ayat dia ‘Dodi suka duduk sorang-sorang dalam bilik. Dia selalu terdengar bunyi gitar, gong, sape, drum, rekoder, selo, biola, piano, seruling dan angklung.
Hahaha, kering kepala nak pikir banyak2 alat muzik. Kelakar bila dorang sebut balik perkataan2 tu salah, dodi jadi rodi, seruling jadi serunding, sorang2 dalam bilik jadi dalam bilik sorang2. Hahaha. Serunding paling kelakar. Haha.
Bila dah habis main game semua, kena buka hadiah sama2 pulak, aduyai. Sedih giler, mug pun jadi la, sekurang-kurangnya balut la dulu, yang paling tak tahan, min asyik pandang2 pastu gelak je kat hadiah mug tu, amar pulak cakap, weh mun bukak la hadiah kau. Diba, fathin , ain gelak macam nak pecah perut. Kejam kot dorang. Hahaha. Hadiah habib paling menarik, dia dapat labu sayong kot.
Part paling sedih bila kmm lain ambik gambar, kitorang pandang dorang dengan seribu kesedihan (sebab takde kamera!) ceh, padahal boleh je amik gambar pakai phone. Seronok+penat+sedih+gembira+bahagia. I’m going to miss kmm 133.
p/s:malam ni punya jamuan lagi menarik
That's all for now. Thank you for reading.
Saturday, March 12, 2011
TRIP TO TELUK INTAN & D DIAMOND DINNER
Oh, dah lama nak tulis post ni, tapi rasa MALAS sangat nak buat. HAHAHA. Ok, teruskan. Saya ke teluk intan pada 5/3 hari tu. Sebabnya? Tak payah tau lah, orang2 yang tertentu je yang tau. heeee~ tengok ni berapa banyak tiket nak pergi ke teluk tuh. Sebenarnya ada dua sebab kami ke sana, sebab utama, RAHSIA. Sebab kedua, teman _ _ _ _ _ jumpa buah hati.
Haha. Comel la dorang tu. Yang sorang tu tak tau malu yang sorang lagi pulak segan2. Menyampah je. Haha. Ok, gurauan semata2. Oh, seronok dapat teman dorang dating, sebab saya dapat makan free. Haha. Best! Itu je kot pasal teluk intan tu.
Next, on the same date, kitorang ada diinner blok intan. Sebab tu lah nama dinner ni D Diamond dinner. Not much to say, boleh la tahan. MENARIK jugak la. Duduk, makan, dating, balik semua dengan salwa. Hehe. Thanks salwa. Oh, nah gambar. Silakan2, semua tengok2.