Entri ni khas untuk ummi saya yang tersayang. Walaupun takde hadiah nak bagi, tapi err,,,takde papelah. Ok, sambung cerita balik. Pagi tu saya bangun lewat (seperti biasa) tengok sarapan dah ada. Oh, mood dia sangat baik hari ni. Kemudian, seperti biasa sekali lagi MEREKA(umi dan abah) keluar pagi tu.
Oleh kerana ditinggalkan oleh ibu bapa di rumah, kitorang dengan bahagianya memasak, mencuci, mengemas, menonton televisyen. Cakap pasal tonton tv, yeah~ kami tengok om shanti om~ Disebabkan kakak saya tak tengok lagi, saya pun layan jelah. HAHAHA.
Ok, bila hari dah petang, kakak saya yang first balik kerja bawak kitorang pergi amik kek dengan beli hadiah. Surprise la ni kononnya. Nah! sebijik indulgence, sebentuk cincin emas (poh kong) dan sepasu pokok. Ok, pasal pokok tu mmg pelik sikit. Haha! Nak cari cincin tu kemain susah kot. Pokok tu pulak, murah je. Beli dekat luar giant je. Balik dari beli belah tu, terus potong kek, cuba cincin tu, dan MAKAN! haha!
0 comments:
Post a Comment