Wednesday, September 21, 2011

seronok-seronok

Dah lama tak tulis blog. Lepas exactly dua minggu baru rasa nak tulis something. Urrmm, tadi first kelas practicle biology genetic. Kena buat specimen bagai tu sume. Bila tengok dekat bawah microscope tu, nampak la yang cover tu pecah. Hahaha. Tak kesah la yang tu, tapi pasti nye saya dah pecahkan cover slide tu.

Cuak gler, yela, dulu kalo pecahkan benda2 camtu kena denda la marah la sume bagai kena. Tapi bila saya bagi tau Dr tu, die gelak je. Cover slide pecah takpe, jangan slide yang pecah, kalau pecah pun bole buat baru. Hehe. Terbaek! Sepanjang hidup saya la kan, jadual dekat u la paling tak padat.

Kuliah organic chemistry, rasa macam ape je. Masuk.duduk.dengar.balik. Tu je yang boleh digambarkan. Haha! Paling seronok, setiap hari, kecuali isnin dengan jumaat, kelas sume start pukul 3,4 petang. Seronok jugak la. Macam ada bunga2 kat tepi bila kartun tengah seronok. haha!

Makanan! Oh, saya tak suka makanan kat sini. Ok, tak kesah la sedap ke tak, tapi yang pastinya pedas. Minggu orientasi tak rasa sangat, sebab takde masa nak makan pun. Bila masuk minggu kedua, amik kau sume sakit perut, dah la cik tan tu satu je dekat cube kitorang ni. Nak kena kongsi 8 orang.

Kelas bm paling seronok la. Semua nak kena cakap dalam bahasa baku. Haha! Dah rasa macam duduk dekat sabah sarawak je. Nak Tanya soalan pun dalam bahasa baku ye. Ceh! Walaupun ada tambahan –nye kat belakang, kena sebut –nya.. haha, serious comel.

p/s: untung la satu kelas dengan dia J