Ok, kali nk kena update blog untuk seminggu. Minggu belajar mula pada 4 April dan berakhir pada 10 April.
Day 1
Hari pertama study week, saya bangun pukul 8pagi, padahal malam sebelum tu tidur awal. Kalau hari2 macamni, habis je minggu study, terus naik 2kg. HAHA! Saya masuk bengkel kimia, boleh tahan la. Permulaan yang bagus untuk minggu study kali ni berbanding semester lepas. Haha. Miss Poh yang jadi tutor kitorang, dia cakap ‘awak bole ingat kea pa yang awk belajar harini,nak jawab kimia lagi 2 minggu’ kitorang gelak jela. Haha! Sorang lagi lecturer, (saya tak kenal sangat) dia tanya ‘ni yang dating bengkel harini semua yang dapat A waktu UPS ke?’ haha. Makan dalam kot, saya dapat C solid la masa UPS. Oh, petang tu saya makan nasi lemak sampai dua bungkus. Ok, segan je ckp macam tu. Haha.
Day 2
Saya bangun pukul 10 juga harini. Hahaha. Loser la minah ni. Bila fikir balik,apa yang saya dah ulangkaji?? Haha, entah la. Kimia jela kot, tu pun sebab ada bengkel semalam.
Day 3
Seperti semalam, saya bangun pukul 10pagi. TAHNIAH mun! Bilalah nak bangun awal dalam study week ni? Haha. Sama seperti semalam, saya sendiri tak tahu apa yang saya belajar. HAHAHA! Oh, petang tu blackout. I HATE BLACKOUT! Rasa nak nangis je masa tu, takde la gelap sangat, cuma takut. Jadi untuk menghilangkan rasa takut tu, saya baca MA’THURAT. Lepas saya aminkan doa,terus ada lampu. YEAH! First time rasa macam doa termakbul. HAHA!
Day 4
Oh, saya puasa harini. Rasanya dah lama sangat tak puasa. Banyak gila saya beli makanan untuk berbuka. Dengan nasinya, ubi keledek lagi, roti canai pulak. Haha, boleh pecah perut macam tu.
Day 5
Not much different from the second and third day. HAHA. Bezanya saya bangun awal hari ni. Basuh baju, tuala, cadar, sarung bantal semua tu. Tiba2 aura kerajinan untuk membasuh datang, saya pun cucilah mereka dengan penuh semangat. Haha.
Day 6
Saya tak ingat apa yang jadi masa hari ke-6. Sumpah tak tahu apa yang saya buat!
Day 7
Last day in study week. I slept early, 10.45 I guess. Haha, then woke up at 4 o’clock. Haha! Pastu tidur balik la jawapnya. Saya rasa saya dah bersedia bertemu hari esok! Haha!
p/s: kebanyakkan hari2 dalam minggu study saya tengok movie tengah2 malam, tu yang susah nak bangun. Haha!
0 comments:
Post a Comment