Tuesday, January 3, 2012

THE BEGINNING

Assalamualaikum, dah lama sangat sangat sangat sangat tak buat enti. Peh, dah berabuk blog nih. Tibe2 je rasa nak update sebab ni dah masuk tahun baru. Tahun baru ada azam baru, umur baru, berat baru, diri baru, sume lah baru, tinggi je lama. Sengal! *untung la orang yang tinggi tak payah nak segan kalau umur dah 2o* heh!




Urmm, awal tahun ni event yang paling penting ni ha----->


*ic, no matrik, angka giliran tu sume rahsia*


Nasib la, first paper tu english, kalau genetik ke biochem ke, memang selamat la. hahaha!

Lepas paper genetics tu balik. lalala~
cuti sebulan~
pastu masuk sem baru~
belajar lagi susah
=..='' heh!

That's all from me, thank you for reading! gah~

p.s. penang memang panas ek?

Sunday, November 20, 2011

*update

lama tak update blog. M-A-L-A-S pastu sibuk dengan hal lain. hehe. tetibe rse nak update sebab tarikh arini cantik 20112011 lagi cun dari 111111.. hehe. oh lagi satu, saya seronok sebab dah dapat result untuk quiz organic chemistry aritu.. B+ jeh.. haha ok la untuk org yang tak kuat study. oh, final bulan januari nanti, ok time tu dah umur 20 taun. tua oh~ ok, dah cuak. haha


that's all from me, thank you for reading.

p/s: tak sabar nak habiskan sem 1.. woot~ woot~

Wednesday, September 21, 2011

seronok-seronok

Dah lama tak tulis blog. Lepas exactly dua minggu baru rasa nak tulis something. Urrmm, tadi first kelas practicle biology genetic. Kena buat specimen bagai tu sume. Bila tengok dekat bawah microscope tu, nampak la yang cover tu pecah. Hahaha. Tak kesah la yang tu, tapi pasti nye saya dah pecahkan cover slide tu.

Cuak gler, yela, dulu kalo pecahkan benda2 camtu kena denda la marah la sume bagai kena. Tapi bila saya bagi tau Dr tu, die gelak je. Cover slide pecah takpe, jangan slide yang pecah, kalau pecah pun bole buat baru. Hehe. Terbaek! Sepanjang hidup saya la kan, jadual dekat u la paling tak padat.

Kuliah organic chemistry, rasa macam ape je. Masuk.duduk.dengar.balik. Tu je yang boleh digambarkan. Haha! Paling seronok, setiap hari, kecuali isnin dengan jumaat, kelas sume start pukul 3,4 petang. Seronok jugak la. Macam ada bunga2 kat tepi bila kartun tengah seronok. haha!

Makanan! Oh, saya tak suka makanan kat sini. Ok, tak kesah la sedap ke tak, tapi yang pastinya pedas. Minggu orientasi tak rasa sangat, sebab takde masa nak makan pun. Bila masuk minggu kedua, amik kau sume sakit perut, dah la cik tan tu satu je dekat cube kitorang ni. Nak kena kongsi 8 orang.

Kelas bm paling seronok la. Semua nak kena cakap dalam bahasa baku. Haha! Dah rasa macam duduk dekat sabah sarawak je. Nak Tanya soalan pun dalam bahasa baku ye. Ceh! Walaupun ada tambahan –nye kat belakang, kena sebut –nya.. haha, serious comel.

p/s: untung la satu kelas dengan dia J

Sunday, June 19, 2011

UPDATE!


Hahaha! Lama gila tak update blog. Serius, malas gila. Dah la takde benda nak tulis. Yela, duduk rumah jadual hari2 sama je. Haha! Yosh! Lama gile tak update blog. Malas la. Haha. Urmm, ni tiba2 rajin sangat nak update. Haha. Disebabkan terlampau kemaruk tengok cerita kiss & cry, haha guees what? Yeah, kitorang pegi ice skating. Haha!

souce: hello kpop

Yosh! Hot kot. Haha.
tapi...haha, kitorang takde la sehebat dia nih. Haha. Masa mula2 atas ais tu, ye ar, licin kot. Ingatkan sama je macam rollerblade, tp lagi susah kot. Tengah seronok2 berskate kat situ, tiba2 ada orang yang memang pro tolak saya dari belakang. YOSH! Benci oh, habis basah sume. Haha, tapi kan.. haha, takpelah, yang tu tak payah citer.
yang paling kecik tu, kaki saya. haha!


Seronok, rasa nak main lagi je. Oh, kakak saya paling banyak jatuh saya rasa. Sampai kena tukar baju baru. Haha. Bayangkan nak kena beli baju dia lepas penat berskate, rasa nak tercabut je kaki tu. Haha.



p/s: oh, benda n saya dah buat lama dah, malas nak publish je. hehe

Friday, June 10, 2011

hurmm...

Bila suatu hari kita dapat banda yang tak pernah kita angankan, indah ke perasaan tu?? Entah la. Tiba2 terasa nak update blog yang nak dekat sebulan tak bersentuh. Sibuk marathon Paradise Ranch, tengok lagu, baca gosip yang mengarut-ngarut, tekanan perasaan, tak boleh tidur malam, ok cukup!


Tak pernah saya bayangkan dapat tawaran masuk USM. Dalam fikiran saya, saya hanya layak masuk universiti yang tak perlukan kelayakan yang tinggi. Entah tiba2, hidup saya berubah setelah dapat tawaran ke USM ni. Mungkin sebab course yang saya mintak tu tak ramai yang nak, mungkin sebab tu saya dapat kot. Result saya takde lah sehebat orang lain, mungkin sekadar layak untuk lulus.

Yeah, lagi stress. Ok, masa pilih sains gunaan tu, tak pernah pikir tapi bila dah dapat, saya confuse. Sains gunaan tu ape? Dah try google pun tak dapat pape. Entah la, saya patut bersukur kan?? Orang yang nak sangat masuk USM tak dapat, tapi yang acuh tak acuh ni tiba2 je dapat. Rezeki.....
kita takkan pernah tau...

p/s: challenge tu saya buat nantilah, tiba2 takde mood.

Sunday, May 22, 2011

Bangun pagi, tiba2 dengar lagu ni. Sedih gile2. Terus takde mood nak mulakan hari yang indah dengan senyuman. Hahaha!



Ok, fine dah tak sedih! Eh, ni bukan lagu, monolog je. Hehe


Saturday, May 21, 2011

Day four : 10 things i want to say to a person

Haha..yang ni paling mencabar. Nak cakap sape? Banyak pulak tu, nak sampai 10. Mati nak pikir. Hehe..takde la sampai mati.


Boleh tak kalau tak nak buat yang ni??

1. terima kasih sebab jadi kawan saya

2. maaf atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan terhadap awak.

3. terima kasih sebab nak jadi pengapit saya nanti. hehe

4. belanja saya makan? yeah!

5. rindu nak sleepover sebelah awak

6. suka dengar awak cerita pasal bf awak.. hehe

7. rindu nak makan sama2

8. awak comel

9. sayang gila2 kat awak

10. congrats untuk keputusan final aritu.

Haha. Berjaya jugak! Ni untuk someone yang saya rindu sangat2. miss u

Friday, May 20, 2011

Day three : 10 things i hate

1. lipas

Arghh.. geli gile dengan lipas tu. Dah la ada sesungut. Terbang2 pulak tu. Ok, geli sangat2.


2. Takde duit
Hehe.. betul la, sape yang suka kalau takde duit. Susah nak buat pape. Betul la duit tu penting kot. Benci ah kalau takde duit.


3. Lapar
Haaa...ni lagi satu. Benci oh kalau lapar. Tak boleh nak pikir langsung. Tidur jela kalau dah lapar tu. Tapi kan, kalau yang no. 2 tu takde, sama je. Haha.. tak dapat makan jugak!


4. makan sorang2
Oh, bila dah dapat makan pulak, kena makan sorang2. Tak suka gila. Orang yang makan sorang2 merupakan orang yang paling sedih dalam dunia. Sedihkan?? sebab tu saya tak suka makan sorang2, sebab nanti jadi sedih. Rezeki kena dinikmati dengan orang lain. Hehe..

5. tak cukup tidur
Jap, ape kait tak cukup tidur dengan semua ni?? Haha. Ok2, bil tak cukup tidur, takde mood langsung nak buat pape. Malas gila nak pegi kelas, mengadap lecturer. Tapi kalau terlebih tidur lain pulak jadinya. Haha


6. exams
Err.. eh, salah la. Saya suka exam. Cuma tak suka bila keputusan keluar, sebab rasa macam nak terkeluar je jantung. Hehe.


7. studying
Haha.. Sebab tu ah keputusan camtu kan? Takde la benci, cuma malas je. Mak saya cakap, benci tu lagi teruk dari malas. Saya cuma malas nk belajar je. Eh, takde la malas cuma takde mood je. *dah la, alasan je semua tu. hehe


8. internet slow
Ok, yang ni saya benci. Tengah chat sedap2, tiba2 offline. BENCI oh~ Tapi kadang2 bukan internet yang slow, tapi laptop yang hang. Banyak sangat bukak program, sampai laptop jadi gila, dah tak tau nak buat yang mana satu. Hehe


9. someone yang annoying
Takde la benci, cuma tak suka je. Ye ar, sape suka kalau asyik nak menyendeng 24jam. Kalau comel takpe la jugak. Ni pegi tandas pun nak orang teman, amboi, lebih ar tu.


10. hari rabu
Ok, yang ni kelakar. Setiap hari rabu SATU FAMILY saya akan tengok 8tv showdown, serta memaksa saya menonton sekali, dengan paksa rela, saya pun tengok je. Dah la tak paham apa yang dorang buat sebenarnya, pening kot tengok citer tu. Haha. Setiap kali hari rabu saya akan cakap 'alaaa, hari ni rabu. Haish!'.

Thursday, May 19, 2011

Day two : 10 things i love

1. nama saya

Saya suka nama sendiri. Nur Munirah Hesan. Simple but meaningful. Nak tau maksud, cari sendiri eh. hehe. Seronok kalau ada orang panggil nama saya. Eh, tiba2 rasa macam bidadari pulak. Ape kait bidadari?? Haha! Munirah.Mun.Ira.munny.uni. hehe. Ok2, bayangkan nanti hubby saya panggil 'mun sayang~' cewah! sweet~


2. family saya
Big and harmony. hehe. Ok, gaduh2 tu biasa je. Seronok bila semua ada dekat rumah. Ye, bila salah sorang pergi asrama, sunyi gila. Sunyi sangat2. Oh, agaknya dorang pun rasa macam tu bila saya takde dekat rumah kan.


3. moneyy!
Hehe,, benda paling penting dalam hidup manusia. Seriously, saya memang suka gila duit. Eh, tapi saya mata duitan yang tak dapat nak bezakan salah dan benar kerana wang. huh? Mengarut ah~ Ye, saya suka duit, tapi bukan duit yang haram.


4. nicholas teo
Woish.. bila la boleh jumpa dia? Ok, saya minat dia sejak darjah 5, eh ke darjah 6? Masa tu dia menang Astro Talent Quest dekat astro WahLaToi. Muka dia selalu keluar dekat buku astro. Bila saya dah besar, dah kaya sikit, saya beli album dia. Album ke-3 rasanya, WANG ZI (prince). Lepas tu saya beli compilation album dia yang ada lagu lama dengan baru. Siap ada dvd sekali.


5. my handphone
Sayang sangat2~ Sony Ericsson K800i. Bape tahun dah pakai, sayang nak tukar. Biarlah orang lain pakai blackberry ke iphone ke smartphone ke c3 ke c4 ke N-series ke.. tapi saya lagi sayang K800i saya.. hehe


6. internet dekat rumah
Yang ni paling saya seronok. Dulu pakai broadband je, boleh guna sorang je dalam satu masa. Bila dah ada unifi segalanya indah~ Nak guna 24 jam pun boleh. Nak tengok movie online pun takde sape nak rebut. Thank you unifi, love u so much!


7. hidup saya
Alhamdulillah saya sukakan hidup saya. Walaupun tidak seindah dalam novel pun, sekurang2 lagi indah dari orang yang hidup dalam kesempitan. Terima kasih Allah, untuk hidup yang cukup indah ini~


8. my birth date
Hehe.. Mak saya cakap masa hari lahir saya means 18 feb 1992 tu, ada ulama' besar datang Malaysia. Saya tak kisah lagi pasal tu, mak saya jugak cakap yang masa tu bulan tengah mengambang cantik~ hehe. Oh, ada satu lagi sebab saya suka tarikh lahir saya, sama dengan changmin :)


9. changmin dbsk
Hehe..kalau jija cassiopeia suka dbsk, saya suka la jugak. Tapi saya PALING suka changmin. Hehe.. kalau nic teo dengan changmin, saya prefer nic teo.

10. my friends
Dari tadika, sampai sekolah rendah kemudian ke sekolah menengah pastu masuk mrsm then sekarang dah habis matrik. Saya rindukan semua kawan2 saya, tak kiralah dari sekolah mana sekali pun. Terima kasih kerana telah menjadi kawan saya.

Wednesday, May 18, 2011

Day one : 10 things about me

1. suka makanan

Errmm,, saya tak lah suka makan banyak sangat, tapi saya suka tengok makanan yang cantik, yang nampak sedap dan yang menyelerakan. Sebab kita tak tau apa rasa makanan tu, HAHA! sebab tu saya suka makanan. hehe


2. kuat merajuk
Haha! Seriously, memang kuat merajuk gile. Oh, saya jarang tunjuk merajuk dekat orang lain, family saya tau macam mana kalau saya merajuk. Memang tunggang tebalik rumah tu. Haha!


3. mulut bising
Ni lagi hebat. Saya suka bercakap benda2 yang mengarut. Pastu suruh orang dengar, kakak saya akan jadi mangsa keadaan selalunya. Kalau takde orang nak dengar, saya akan jadi seperti no 2. Hehe


4. comel :)
Ok, yang ni saya akui agak perasaan sebab cakap diri sendiri comel kn? Masalah nya, ramai cakap saya comel. SERIOUSLY! Sejak masuk matrik, memang melimpah ruah pujian comel orang bagi dekat saya. Pernah satu hari tu ada orang cakap camni ' mun, kau comel gler lah. aku tak tipu ni'. Ok, fine dia buat saya cuak.. haha


5. tak berapa tinggi
Yeah.. untuk seorang yang mempunyai berat macam saya, tinggi 152cm memang agak rendah. Haha. Rendah gila. Oh, mungkin sebab tu orang cakap saya comel kot.


6. sensitif
Eh, sensitif dengan kuat merajuk tu sama ke uh? Entah la. haha!


7. saya ada tanda lahir dekat kaki
Haha. Yang ni statement paling tak tahan. Ape kait tanda lahir dengan 10 things ni?? haha. Eh, tapikan tak ramai yang ada birthmark dekat kaki kn?? haha. Biarlah..


8. berdarah O positive
Oh yeah! Sape2 yang nak mintak saya derma darah call me ok? Saya dah pernah derma darah sebanyak dua kali. Hehe. Jangan jelous~


9. love kids
Jap2, pahal love kids plak ni. Urmm,,,ye, saya suka budak kecik. BUDAK KECIK je. Bila dah besar, err.. Suka la jugak kot. Kalau anak sendiri, sayang gila2 ah~


10. duit penting bagi saya!
Tak dinafikan, duit memang sangat penting dalam hidup. Family saya yang buat saya sukakan duit. Oh, saya pilih duit dari cinta, sebab cinta tu khayalan je dan menghabiskan duit. Tapi duit takkan menghabiskan cinta. Betul tak??

p/s: penat oh buat benda ni.. tak sabar nak buat day two esok!! *padahal cakap stress td

10 things challenge

Oh, saya tidak didesak atau dipaksa atau diugut supaya buat benda ni. Saje2 je. Oh, setelah semalaman memikirkan nak taip ape ampai 10 benda?? Huh?

day one : 10 things about you
day two : 10 things you love
day three : 10 things you hate
day four : 10 things you want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items you can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of your favourite songs
day nine : 10 ways to win your heart
day ten : 10 final words

p/s: day one nak mula esok boleh??



Ok, cuak semacam asal tak boleh bukak. Lepas tu intan bagi link lain. Selepas beberapa kali masuk ID, baru boleh dapat result. ALHAMDULILLAH. Macam sem lepas je. Ada yang naik, ada turun, ada yang kekal. Masih lg gementar dengan keputusan yang saya dapat. Dengan usaha yang telah saya taburkan dalam perjuangan ni, saya rasa saya layak dapat keputusan macam tu. Tak ada nak nangis2 eh. Thats all from me. Thank you for reading.

p/s: intan yang macam nak nangis

Tuesday, May 17, 2011

THE DAY!

Ok, keputusan pspm II keluar esok. woish!! Cuak la. Ramai yang dah post benda2 mengarut dekat fb.



p/s: tu je nak bagitau, cuak sangat sampai tak tau naktulis apa dah.

Friday, May 13, 2011

Emily dickinson ada cakap

Hope is the thing with feathers
That perches in the soul,
And sings the tune--without the words,
And never stops at all...

Harapan membuatkan seseorang tu berfikir tentang impian. Impian hadir setelah diberi harapan. Kita takkan tau bila nikmat kita akan ditarik, yang pastinya, perkara itu memang akan berlaku.

Impian. Setiap orang ada impian yang tersendiri. Tak kira la besar atau kecil. Tapi semestinya impian kita sukar untuk dicpai. Namun, pernah tak kita bayangkan yang satu hari kita berjaya capai impian tu. Pernah tak kita pikir lepas dapat realisasikan impian tu, apa kita nak buat seterusnya? Saya baru sedar yang saya tak tau nak buat apa kalau dah capai impian.

Ok, dah mula nak merepek la tu.

p/s: tiba2 cakap pasal emily dickinson sebab tengok criminal minds.

Wednesday, May 11, 2011

WONDERFUL DAY WITH WONDERFUL PEOPLE

Satu hari yang indah pasti akan bermula dengan perkara yang perit. Kenapa saya cakap camtu. Ok, pagi2 lagi dah kena keluar rumah sebab nak jumpa korang punya pasal. Sesat dekat lrt titiwangsa, salah naik train, jatuh tangga depan masjid jamek. Ok, semua tu tak kelakar. boleh pulak salah naik train nak pegi sentul. Takde la lama sangat dah tak naik train tu. Haish.. Malu la jugak masa jatuh tangga tu, tapu muka buat2 cool je. Haha.


Ok, bila semua kesusahan berjaya diharungi dengan tabah, muncul satu saat yang indah. Bila dah jumpa semua orang, malu, penat, panas, lapar semua hilang. Haha! Jumpa cikgu sekolah, Pn Salina, Pn Zaidah dengan Pn Rainah. Sebenarnya ada lagi dua tiga cikgu, tapi tak banyak cakap sangat.
Pn. Salina cakap-Haah, awak masa puteri islam pun suka menangis. Dengan seronoknya menyokong statement Pn. Zaidah.
Pn. Zaidah cakap-Eh, munirah ni yang suka nangis dulu ek? Eh, awak dah berisi sikit la. Ok, banyak statement2 yang agak memalukan disitu. Haha.
Pn. Rainah cakap-Eh, haritu saya ada jumpa mak awak, masa kursus dekat Port Dickson. Dalam hati saya cakap 'cikgu kenal mak saya ke?' ok, pelik sekali.
Rindu zaman persekolahan dekat MGS. Urrmmmm...

Ok, dekat sekolah dah habis. Next stop, dekat Mid Valley.
Event for today:-
1. Bowling
2. Movieee

Ok, boling dulu. Boleh la tahan, tak menang dan tak kalah. Haha! 2 spare, no strike. HAHA. Next, MOVIE!!! Masabeli tiket, tak rasa lagi, bila masuk dalam panggung ....... THAI? First time tengok filem thai dekat panggung. Terkesima sebentar kami disitu. Dalam hati cakap 'kita dah salah masuk ke ni??' 'eh, movie tak habis ke?' 'asal cakap thai?' Macam tu la cakap dalam hati. Boleh tahan la, 4 bintang saya bagi! Tapi ending? aduii..sebab tu tak dapat 5 bintang. HAHA!

Habis movie, makan! Time yang paling best bagi saya! Lapar sangat2. KFC pun jadilah. Oh, saya balik dengan kakak saya. Dia dari melaka, dah dekat 3 bulan saya tak jumpa dia. RINDU~~

Thats all from me. Thank you for reading!


Terima kasih untuk hari yang indah.

p/s: kakak saya balik sehari sebelum birthday dia! haha

Monday, May 9, 2011

Ok, mari buat entri baru. Banyak nak dicoret malam ni. Saya nak mula dengan apa yang saya buat dekat rumah. Ternyata sape2 pun kalau dapat cuti 5 bulan, mesti aktiviti tidur paling topkan? Yeah! saya suka tidur. Tapi saya tak suka tidur malam, sebaliknya tidur siang lagi menarik. Haha. Betul la, cuba buat sekali.


Oh seterusnya. Makan! WOAH! Aktiviti paling menarik seumur hidup. Ye, nikmat yang paling saya syukur ialah dapat menikmati keenakan makanan. Betul, sedap. Sekarang pun dah rasa lapar bila cakap pasal makanan. Hahaha. Oh, askrem sedap! Hari tu saya makan keropok lekor dengan lemonade.. hehe. Sedap!

Online? Tak dinafikan yang saya banyak luangkan masa depan laptop. Ni la salah satunya. Tapi saya prefer main game kalau online, takde la bosan sangat. Urmm, saya suka bukak kedai jugak, penuhkan stok kedai, upgrade kedai. Oh, yang ni saya bercakap tentang My Shop, game dekat facebook. Hahaha. Menarik, nanti saya upload gambar kedai2 saya ye.

Ada lagi satu, saya suka tutup lmpu bilik adik saya pastu selimutkan dorang. Haha. Kakak yang comel dan baik hati.

Oh, esok nak keluar dengan besties.. Arghhh, tak sabarr!

Friday, May 6, 2011

MANUSIA....

Saya sedih masa tulis entri ni. Siapa sangka orag yang cantik tapi boleh keluarkan perkataan2 yang tak elok. Hei, mencarut tu tak cool ok? Kalau nak mencarut kat orang lain boleh terima lagi, ni masalahnya awak mencarut dekat saya ye.

Tolonglah, macam budak kecil je tulis benda2 yang tak elok pastu bagi orang lain baca sebab awak cemburukan seseorang. Sungguh tak masuk akal. Kalau nak ikutkan, saya pun boleh buat macam tu, tapi saya bukanlah orang yang suka2 nak mencarut kat orang lain, walaupun bukan secara berdepan.

Fikirlah balik apa yang awak buat tu betul ke tak. Rugi je muka cantik, tapi mulut... Kadang2 saya rasa menyesal sebab baca blog orang lain. Buat hati sendiri rasa macam tak berguna langsung.. hurrmmm..



p/s: saya tak salahkan awak sebab mencarut semua tu, maaf buat awak terasa.

Sunday, May 1, 2011

buku, buku, buku, makan, dan pinggan mangkuk

Selepas semalam, ye hari jadi ummi saya, kami (kakak2, saya dan adik2 saya) tanpa ibu bapa kami melawat pesta buku. Oh yeah! sudah jelas la yang saya takkan beli apa-apa dekat pesta buku tu. Ok, saya jadi minah yang bawak beg yang ada duit, kiranya saya pegang duit la. HAHAHA. Ok, teruskan lagi. Banyak jugak la adik2 saya beli buku. Dah habis pegi pesta buku, kami ke ikea. MAKAN MAKAN MAKAN. Ok, memang jauh la dari KL ke ikea tuh. HAHA. Ni ha antara menu yang kitorang makan. Hahaha



Pasta!


Apple juice

Fish and chips



Chicken wings


Yang ni, saya tak sure apa dia. Haha



Meat ball with fries. Hahaha!

Selesai makan, kitorang solat kejap. Then, SHOPPING! Dalam banyak-banyak barang yang kakak saya beli, saya paling suka ni. Haha!


Yeah! set pinggan mangkuk yang baru ada dekat rumah saya. Haha.

Yang peliknya, saya tak beli pape pun kat pesta buku tu. Buat lenguh kaki jelah. HAHAHA

Saturday, April 30, 2011

HAPPY BIRTHDAY UMMI..

Entri ni khas untuk ummi saya yang tersayang. Walaupun takde hadiah nak bagi, tapi err,,,takde papelah. Ok, sambung cerita balik. Pagi tu saya bangun lewat (seperti biasa) tengok sarapan dah ada. Oh, mood dia sangat baik hari ni. Kemudian, seperti biasa sekali lagi MEREKA(umi dan abah) keluar pagi tu.

Oleh kerana ditinggalkan oleh ibu bapa di rumah, kitorang dengan bahagianya memasak, mencuci, mengemas, menonton televisyen. Cakap pasal tonton tv, yeah~ kami tengok om shanti om~ Disebabkan kakak saya tak tengok lagi, saya pun layan jelah. HAHAHA.

Ok, bila hari dah petang, kakak saya yang first balik kerja bawak kitorang pergi amik kek dengan beli hadiah. Surprise la ni kononnya. Nah! sebijik indulgence, sebentuk cincin emas (poh kong) dan sepasu pokok. Ok, pasal pokok tu mmg pelik sikit. Haha! Nak cari cincin tu kemain susah kot. Pokok tu pulak, murah je. Beli dekat luar giant je. Balik dari beli belah tu, terus potong kek, cuba cincin tu, dan MAKAN! haha!


ok, ini cincin.


ini kek.. haha

That's all from me :), kali ni takde p/s.. haha

Wednesday, April 27, 2011

LOVE IS IN THE AIR

Hahahaha. Ok, tajuk tu takde kaitan dengan status saya. Hari ni bangun pagi terus mengadap lappy dengar lagu nicholas teo. Ahhhhh~ i'm in love with you. HAHA. Saya baru tahu yang nicholas teo nyanyi lagu sempurna versi mandarin.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Hahaha..saya pernah dengar versi mandarin, tapi tak sangka la yang dia nyanyi lagu tu. Oh, suara dia romantik gila.Currently listen to all Nicholas Teo’s songs. Haha.

Entah tiba2 rasa macam nak dengar semua lagu dia, baru je download satu album dia tadi. Tak payah tanya kenapa tak beli. Ok, sebenarnya nak cakap yang Nicholas teo dah tua. Waaaaa! Umur dia 30 kot bulan November ni, aduyai, macam mana nak kawin nih??

Oh, tadi ada orang call saya. Ok, gila excited nk angkat phone, sekali kak aza yang call Tanya macam mana nak extract file yang zipped. HAHAHA. Kecewa kot. Ingatkan Jun yang call nak cakap I ada dekat KL ni, jom keluar date. You nak makan apa? Biar I yang tanggung. Hahaha. harapan jelah.

Cakap pasal Jun, gambar saya dengan dia cantik kot! Menarik, menawan, cun, hot, cute(ok, buek!). Dah, jangan nak mengarutlah, ada yang kena nanti kang. Haha!

yang ni mun dengan jun♥


ok, ini nicholas teo. muka mereka lebih kurangkan??

p/s: tapi jun nampak lagi muda la kan?? haha