Sunday, June 19, 2011

UPDATE!


Hahaha! Lama gila tak update blog. Serius, malas gila. Dah la takde benda nak tulis. Yela, duduk rumah jadual hari2 sama je. Haha! Yosh! Lama gile tak update blog. Malas la. Haha. Urmm, ni tiba2 rajin sangat nak update. Haha. Disebabkan terlampau kemaruk tengok cerita kiss & cry, haha guees what? Yeah, kitorang pegi ice skating. Haha!

souce: hello kpop

Yosh! Hot kot. Haha.
tapi...haha, kitorang takde la sehebat dia nih. Haha. Masa mula2 atas ais tu, ye ar, licin kot. Ingatkan sama je macam rollerblade, tp lagi susah kot. Tengah seronok2 berskate kat situ, tiba2 ada orang yang memang pro tolak saya dari belakang. YOSH! Benci oh, habis basah sume. Haha, tapi kan.. haha, takpelah, yang tu tak payah citer.
yang paling kecik tu, kaki saya. haha!


Seronok, rasa nak main lagi je. Oh, kakak saya paling banyak jatuh saya rasa. Sampai kena tukar baju baru. Haha. Bayangkan nak kena beli baju dia lepas penat berskate, rasa nak tercabut je kaki tu. Haha.



p/s: oh, benda n saya dah buat lama dah, malas nak publish je. hehe

Friday, June 10, 2011

hurmm...

Bila suatu hari kita dapat banda yang tak pernah kita angankan, indah ke perasaan tu?? Entah la. Tiba2 terasa nak update blog yang nak dekat sebulan tak bersentuh. Sibuk marathon Paradise Ranch, tengok lagu, baca gosip yang mengarut-ngarut, tekanan perasaan, tak boleh tidur malam, ok cukup!


Tak pernah saya bayangkan dapat tawaran masuk USM. Dalam fikiran saya, saya hanya layak masuk universiti yang tak perlukan kelayakan yang tinggi. Entah tiba2, hidup saya berubah setelah dapat tawaran ke USM ni. Mungkin sebab course yang saya mintak tu tak ramai yang nak, mungkin sebab tu saya dapat kot. Result saya takde lah sehebat orang lain, mungkin sekadar layak untuk lulus.

Yeah, lagi stress. Ok, masa pilih sains gunaan tu, tak pernah pikir tapi bila dah dapat, saya confuse. Sains gunaan tu ape? Dah try google pun tak dapat pape. Entah la, saya patut bersukur kan?? Orang yang nak sangat masuk USM tak dapat, tapi yang acuh tak acuh ni tiba2 je dapat. Rezeki.....
kita takkan pernah tau...

p/s: challenge tu saya buat nantilah, tiba2 takde mood.

Sunday, May 22, 2011

Bangun pagi, tiba2 dengar lagu ni. Sedih gile2. Terus takde mood nak mulakan hari yang indah dengan senyuman. Hahaha!



Ok, fine dah tak sedih! Eh, ni bukan lagu, monolog je. Hehe


Saturday, May 21, 2011

Day four : 10 things i want to say to a person

Haha..yang ni paling mencabar. Nak cakap sape? Banyak pulak tu, nak sampai 10. Mati nak pikir. Hehe..takde la sampai mati.


Boleh tak kalau tak nak buat yang ni??

1. terima kasih sebab jadi kawan saya

2. maaf atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan terhadap awak.

3. terima kasih sebab nak jadi pengapit saya nanti. hehe

4. belanja saya makan? yeah!

5. rindu nak sleepover sebelah awak

6. suka dengar awak cerita pasal bf awak.. hehe

7. rindu nak makan sama2

8. awak comel

9. sayang gila2 kat awak

10. congrats untuk keputusan final aritu.

Haha. Berjaya jugak! Ni untuk someone yang saya rindu sangat2. miss u

Friday, May 20, 2011

Day three : 10 things i hate

1. lipas

Arghh.. geli gile dengan lipas tu. Dah la ada sesungut. Terbang2 pulak tu. Ok, geli sangat2.


2. Takde duit
Hehe.. betul la, sape yang suka kalau takde duit. Susah nak buat pape. Betul la duit tu penting kot. Benci ah kalau takde duit.


3. Lapar
Haaa...ni lagi satu. Benci oh kalau lapar. Tak boleh nak pikir langsung. Tidur jela kalau dah lapar tu. Tapi kan, kalau yang no. 2 tu takde, sama je. Haha.. tak dapat makan jugak!


4. makan sorang2
Oh, bila dah dapat makan pulak, kena makan sorang2. Tak suka gila. Orang yang makan sorang2 merupakan orang yang paling sedih dalam dunia. Sedihkan?? sebab tu saya tak suka makan sorang2, sebab nanti jadi sedih. Rezeki kena dinikmati dengan orang lain. Hehe..

5. tak cukup tidur
Jap, ape kait tak cukup tidur dengan semua ni?? Haha. Ok2, bil tak cukup tidur, takde mood langsung nak buat pape. Malas gila nak pegi kelas, mengadap lecturer. Tapi kalau terlebih tidur lain pulak jadinya. Haha


6. exams
Err.. eh, salah la. Saya suka exam. Cuma tak suka bila keputusan keluar, sebab rasa macam nak terkeluar je jantung. Hehe.


7. studying
Haha.. Sebab tu ah keputusan camtu kan? Takde la benci, cuma malas je. Mak saya cakap, benci tu lagi teruk dari malas. Saya cuma malas nk belajar je. Eh, takde la malas cuma takde mood je. *dah la, alasan je semua tu. hehe


8. internet slow
Ok, yang ni saya benci. Tengah chat sedap2, tiba2 offline. BENCI oh~ Tapi kadang2 bukan internet yang slow, tapi laptop yang hang. Banyak sangat bukak program, sampai laptop jadi gila, dah tak tau nak buat yang mana satu. Hehe


9. someone yang annoying
Takde la benci, cuma tak suka je. Ye ar, sape suka kalau asyik nak menyendeng 24jam. Kalau comel takpe la jugak. Ni pegi tandas pun nak orang teman, amboi, lebih ar tu.


10. hari rabu
Ok, yang ni kelakar. Setiap hari rabu SATU FAMILY saya akan tengok 8tv showdown, serta memaksa saya menonton sekali, dengan paksa rela, saya pun tengok je. Dah la tak paham apa yang dorang buat sebenarnya, pening kot tengok citer tu. Haha. Setiap kali hari rabu saya akan cakap 'alaaa, hari ni rabu. Haish!'.

Thursday, May 19, 2011

Day two : 10 things i love

1. nama saya

Saya suka nama sendiri. Nur Munirah Hesan. Simple but meaningful. Nak tau maksud, cari sendiri eh. hehe. Seronok kalau ada orang panggil nama saya. Eh, tiba2 rasa macam bidadari pulak. Ape kait bidadari?? Haha! Munirah.Mun.Ira.munny.uni. hehe. Ok2, bayangkan nanti hubby saya panggil 'mun sayang~' cewah! sweet~


2. family saya
Big and harmony. hehe. Ok, gaduh2 tu biasa je. Seronok bila semua ada dekat rumah. Ye, bila salah sorang pergi asrama, sunyi gila. Sunyi sangat2. Oh, agaknya dorang pun rasa macam tu bila saya takde dekat rumah kan.


3. moneyy!
Hehe,, benda paling penting dalam hidup manusia. Seriously, saya memang suka gila duit. Eh, tapi saya mata duitan yang tak dapat nak bezakan salah dan benar kerana wang. huh? Mengarut ah~ Ye, saya suka duit, tapi bukan duit yang haram.


4. nicholas teo
Woish.. bila la boleh jumpa dia? Ok, saya minat dia sejak darjah 5, eh ke darjah 6? Masa tu dia menang Astro Talent Quest dekat astro WahLaToi. Muka dia selalu keluar dekat buku astro. Bila saya dah besar, dah kaya sikit, saya beli album dia. Album ke-3 rasanya, WANG ZI (prince). Lepas tu saya beli compilation album dia yang ada lagu lama dengan baru. Siap ada dvd sekali.


5. my handphone
Sayang sangat2~ Sony Ericsson K800i. Bape tahun dah pakai, sayang nak tukar. Biarlah orang lain pakai blackberry ke iphone ke smartphone ke c3 ke c4 ke N-series ke.. tapi saya lagi sayang K800i saya.. hehe


6. internet dekat rumah
Yang ni paling saya seronok. Dulu pakai broadband je, boleh guna sorang je dalam satu masa. Bila dah ada unifi segalanya indah~ Nak guna 24 jam pun boleh. Nak tengok movie online pun takde sape nak rebut. Thank you unifi, love u so much!


7. hidup saya
Alhamdulillah saya sukakan hidup saya. Walaupun tidak seindah dalam novel pun, sekurang2 lagi indah dari orang yang hidup dalam kesempitan. Terima kasih Allah, untuk hidup yang cukup indah ini~


8. my birth date
Hehe.. Mak saya cakap masa hari lahir saya means 18 feb 1992 tu, ada ulama' besar datang Malaysia. Saya tak kisah lagi pasal tu, mak saya jugak cakap yang masa tu bulan tengah mengambang cantik~ hehe. Oh, ada satu lagi sebab saya suka tarikh lahir saya, sama dengan changmin :)


9. changmin dbsk
Hehe..kalau jija cassiopeia suka dbsk, saya suka la jugak. Tapi saya PALING suka changmin. Hehe.. kalau nic teo dengan changmin, saya prefer nic teo.

10. my friends
Dari tadika, sampai sekolah rendah kemudian ke sekolah menengah pastu masuk mrsm then sekarang dah habis matrik. Saya rindukan semua kawan2 saya, tak kiralah dari sekolah mana sekali pun. Terima kasih kerana telah menjadi kawan saya.

Wednesday, May 18, 2011

Day one : 10 things about me

1. suka makanan

Errmm,, saya tak lah suka makan banyak sangat, tapi saya suka tengok makanan yang cantik, yang nampak sedap dan yang menyelerakan. Sebab kita tak tau apa rasa makanan tu, HAHA! sebab tu saya suka makanan. hehe


2. kuat merajuk
Haha! Seriously, memang kuat merajuk gile. Oh, saya jarang tunjuk merajuk dekat orang lain, family saya tau macam mana kalau saya merajuk. Memang tunggang tebalik rumah tu. Haha!


3. mulut bising
Ni lagi hebat. Saya suka bercakap benda2 yang mengarut. Pastu suruh orang dengar, kakak saya akan jadi mangsa keadaan selalunya. Kalau takde orang nak dengar, saya akan jadi seperti no 2. Hehe


4. comel :)
Ok, yang ni saya akui agak perasaan sebab cakap diri sendiri comel kn? Masalah nya, ramai cakap saya comel. SERIOUSLY! Sejak masuk matrik, memang melimpah ruah pujian comel orang bagi dekat saya. Pernah satu hari tu ada orang cakap camni ' mun, kau comel gler lah. aku tak tipu ni'. Ok, fine dia buat saya cuak.. haha


5. tak berapa tinggi
Yeah.. untuk seorang yang mempunyai berat macam saya, tinggi 152cm memang agak rendah. Haha. Rendah gila. Oh, mungkin sebab tu orang cakap saya comel kot.


6. sensitif
Eh, sensitif dengan kuat merajuk tu sama ke uh? Entah la. haha!


7. saya ada tanda lahir dekat kaki
Haha. Yang ni statement paling tak tahan. Ape kait tanda lahir dengan 10 things ni?? haha. Eh, tapikan tak ramai yang ada birthmark dekat kaki kn?? haha. Biarlah..


8. berdarah O positive
Oh yeah! Sape2 yang nak mintak saya derma darah call me ok? Saya dah pernah derma darah sebanyak dua kali. Hehe. Jangan jelous~


9. love kids
Jap2, pahal love kids plak ni. Urmm,,,ye, saya suka budak kecik. BUDAK KECIK je. Bila dah besar, err.. Suka la jugak kot. Kalau anak sendiri, sayang gila2 ah~


10. duit penting bagi saya!
Tak dinafikan, duit memang sangat penting dalam hidup. Family saya yang buat saya sukakan duit. Oh, saya pilih duit dari cinta, sebab cinta tu khayalan je dan menghabiskan duit. Tapi duit takkan menghabiskan cinta. Betul tak??

p/s: penat oh buat benda ni.. tak sabar nak buat day two esok!! *padahal cakap stress td