Friday, February 25, 2011

REMOVE and ADD

I've made a few changes, remove here, remove there, add here, add there.. Hahaha. Macam takde kerja lain je nak buat. Haha. Oh, saya ada tambah shoutbox kat tepi tu, comel kan? Ok, nak tulis apa lagi ye? Urmm, esok saya berkemungkinan outing. Yeah! Macam tak percaya kn? I've listed out a few things in my mind. Ok, lets hear it out.




~softner (dah tinggal beberapa titik je lagi)
~toothpaste (picit dua tiga kali lagi habislah)
~meggi
~body foam (kosong dah kot bekas sabun tu)
~biskut
~gula2 getah

Rasanya tu jelah kot.Tapi kenapa mimpi macam banyak sangat barang yang nak kena beli? Ni mesti kes tak sabar nak balik rumah. Hahaha. Ok, jangan mulakan kata2 mengarut anda mun.


Oh, cuba teka saya tengah chat dengan siapa sekarang ni?? Ta-da! Rahsia, mana bole bagitau, jatuh maruah sebagai seorang muslimah.. CEWAH~

p/s: saya betul2 tak tahu nak tulis apa kat p/s kali ni. haha

Thursday, February 24, 2011

NEWIE...

Oh, saya tukar template design yang baru. Dah bosan la dengan yang lama tu. Nak buat macam mana, manusia memang cepat bosan dengan sesuatu perkara. Macam saya la, dah bosan tengok design yang tu, tu la nak tukar baru nih. heeee~ Ok, sebenarnya saya dah lupa nak tulis apa, tu yang mengarut pasal design lah tah apelah lagi. HAHAHA.


Saya dah ingat! Ok, lupa balik. Mengarut banyak2 dulu lah, nanti idea tu datang la kot. HAHAHA. Pagi tadi saya makan nugget je, tak sempat nak ambil fries. Kecewa la jugak. Takpe la, esok ada banyak lagi boleh makan kn?? HAHA.

Baiklah saya dah ingat! Semalam saya text awak. Mesti awak bengang sebab saya reply message awak sangatlah lambat, kalah kura2 taip message. Yela, nak bua macam mana, aura mengantuk lagi kuat dari aura awak yang memang tak berapa nak hensem tu. Intan dengan roomate dia semua dah nyenyak masuk ke alam mimpi yang pastinya indah. HAHA. So sorry ye awak.

Oh, tadi madam yang ajar kitorang english cakap, nak maju kena ada confident level yang tinggi. Jangan asyik harapkan orang lain je. Jangan jadi parasite. Ambil kesempatan terhadap orang lain, dan musnahkan dia pulak (yang ni madam tak cakap saje2 tambah) heeee~ yang mana membuatkan saya terfikir tentang masa depan saya. Sempat ke saya kawin?? Sempat ke dapat anak?? Ok, ini dah mengarut dah. Cukuplah setakat ni, nanti keluar benda lain pulak. Ada ke orang nak kawin dengan saya? Ok mun, sudah tu mengarutnya. HAHAHA


p/s: sempat ke saya kawin?? hahaha
tak jadilah nak tukar design. heee~

Wednesday, February 23, 2011

NO NEW POST

Tiada yang baru. Baru sedar sejak kebelakangan ni asyik tulis benda2 yang mengarut je. Hahaha. Ok, mari masuk topik yang serius. PSPM dah dekat sangat dah nih. Persiapan?? Tidur awal dan bangun lambat! Yeah! Terbaiklah mun! hahaha.

Oh, semalam kan, saya check balik course yang saya mohon untuk ijazah nanti, dan saya rasa memang kena ubah 100% benda tu. Gila ah, takkan nak masuk UMT kot? Tak nak lah! Mengarut, dah la jauh giler! Tu lah pasal, masa isi borang tu main2 lagi, tengok tv la, makan la, tengok movie la. Sekarang baru nak menyesal! PADAN MUKA!

Enough about that. Nak mengarut kejap. Sebenarnya, saya sangat down hari ni. Tak payah la bagitau sebabnya. Rindu nak balik rumah la pulak... Aduyai.. takpe mun, kejap je lagi kat sini. Dah la, tak nak mengarut lagi. Pelik2 je. Eh, tiba2 nak cakap pasal nugget la pulak.

Saya breakfast nugget tiap2 hari. Nyum2. Sedap kot. Ada lagi satu benda.

Yeah! Fries. sedap semuanya!
Saya beli makanan take away je semua. HAHA. Pastu makan depan lecture hall, tak pun dalam lecture hall. Hahaha. Sumpah tak senonoh gila!



p/s: ni lah yang jadi bila saya dah mula mengarut. HAHA

lagi satu, takziah dila. AL-FATIHAH

Tuesday, February 22, 2011

NAK BUAT MACAM MANA

Nak buat macam mana, orang dah tak sayang dekat kita lagi. korang, kalau tak nak kek tu, bagitau la saya. At least saya boleh ambil balik kek tu, bagi kat orang lain ke makan ke. Korang tau tak, intan suruh bagi lagi banyak dari tu, tapi saya risau korang tak makan. Then, memang korang tak makan pun. Sedihnya, mungkin korang tak rasa pape, tapi bayangkanlah kalau korang kena macam tu. Nasib baik la saya ni tabah. Saya beli kek tu dengan duit mak ayah saya, bukan dengan duit elaun. Pikir la macam duit yang mak ayah korang bagi nak sambut hari jadi. Mesti tak sampai hati nak buangkn?? Saya betul2 sedih.


Presentation bi dah selesai dengan jayanya, dan produk kami ada pada madam. Haha. Bangga kejap. Oh, lagi satu, nak ucap terima kasih dekat awak sebab dah ceriakan hari saya yang murung ni.ok, tak boleh cakap lebih2 pasal awak, awak dah berpunya. Haha



P/s: jangan buat benda ni dekat orang lain tau, dorang tak setabah saya.

Friday, February 18, 2011

HAPPY 19TH BIRTHDAY NUR MUNIRAH HESAN

JAP JAP..
loading...


























ok, ni kawan sekolah menengah (menengah rendah)




kawan sekolah rendah




kawan sekolah menegah (menengah tinggi)









yang ni kawan terbaik pernah saya ada :)



Anyway, terima kasih jugak untuk
-wanie
-maryam
-yan
-arifah
-kak yang
-salwa
-intan
-keyla
-pipah
-mira
-ika (rumate)
-aina
-dila
-nas
-atie
-ika (tutor)
-fatin
-jija
-putri
-dyana


oh, dorang ni call @ text me messsage sebab tu nama dorang special sikit. HAHA

p/s: ucapan birthday yang kat atas tu takde kaitan dengan sape2 pun. Tu pilih secara random je.. haha

THANK YOU SO MUCH TO ALL OF YOU (walaupun nama korang tak ada kat sini, tapi nama korang ada dalam hati saya)

Wednesday, February 16, 2011

DUA

Baiklah enam belas haribulan DUA tahun DUA ribu sebelas, banyak sangat DUA yang berlaku harini. Ok, let me list out. DUA jam chemistry lecture, DUA jam chemistry practicle, DUA jam chemistry tutorial, DUA B dalam keputusan UPS DUA, DUA hari lagi.. Apa lagi yang DUA?? Oh, lagi satu, saya tulis post ni pada pukul DUA petang.. hehe


cuba kiraberapa banyak DUA dalam post ni?? haha

p/s: nnt saya upload keputusan UPS DUA ek..

Thursday, February 10, 2011

FINE! I ADMIT...

Baiklah, ini yang awak nak kn?? Ok, saya mengaku yang selalu bising dalam bilikkan? Saya jerit2 sorang2 dekat bilik tu kan? Saya mengaku jugak yang saya selalu nyanyi kuat2 dekat bilik tu kan?? Apa lagi yang awak nak cakap saya buat?? Awak penah melayan kerenah saya? Yelah, saya kan selalu menggedik dengan awak kan? Nak buat macam mana, dah memang saya macam tu..


Enough about you!

Hari ni, 11 february 2011 pada tarikh yang sama, perkara yang paling indah pernah terjadi dalam hidup saya. Terima kasih kerana singgah sebentar. Walaupun kita tak bertahan lama, tapi awak merupakan yang terbaik. Thanks for everything dear~

I miss you so much~

p/s: 'terima kasih' sebab buat status pasal saya kn??

Saturday, February 5, 2011

UNTITLED

Wednesday, February 2, 2011

BILA KESEDIHAN MENYELUBUNGI DIRI

Maaf, saya tak layak untuk awak. Maaf, awak terlalu sempurna buat saya. Maaf, saya bukan seperti yang awak inginkan. MAAF kerana hanya itu sahaja perkataan yang saya sebut. Awak, saya tau, dalam hati awak dah ada orang lain yang telah bertakhta.

Dah banyak kali saya cuba untuk melupakan awak, tapi bila sampai satu tahap, saya akan menangis dan merindui awak. Awak tak tahu semua tu, tapi saya tak harap pun awak tau. Kita bukan ada pape pun. Sebenarnya saya dah penat nak merindui awak. Mungkin...suatu hari nanti, sesuatu..


p/s: semakin hari, semakin sedih...


NO NOTHING!! HA-HA

Baiklah, lepas ni tak boleh nak tulis2 benda2 yang private kt sini. Hahaha. Tak payah la nak tau sebabnya. Ok, kita teruskan. Saya sedih, rasa macam tak cukup kasih saying. Sedih sangat2. Bilabalik rumah, mak, ayah, kakak, semua sibuk dengan kerja la, meeting la. Bila dekat kolej pulak, masuk bilik, roommate buat muka, classmate pulak, sikit2 nak merajuk. Adoyai. I need love. Haha.

Oh, tadi ada baca artikel pasal bersin (yela, sebab setiap kali saya bersin, mesti cukup 3 kali) ada hadith mengatakan bahawa bersin lebih 3kali tu bawak penyakit. Kiranya, saya buang penyakit tula masa bersih. Haha. Saya sihat! Hahaha.

Oh, lupa. Esok tahun baru cina la. Awak2 kawan cina saya, SELAMAT TAHUN BARU! Haha.


Haaaaa, baru teringat, saya ada banyak assignment yang due data nya minggu depan. Meh tengok list ni:-

Past years chemistry chapter 3,4

Product English

Mind map biology

Tutorial mathematics

Presentation agama

last but not least,

lab report chemistry

Habislah cuti tahun baru cina saya penuh dengan assignment yang bertimbun..


p/s: berat saya tak sampai 50kg. Haha. Bangga.