Sunday, March 20, 2011

WONDERFUL NIGHT WITH MY BESTIES

SERONOK!
Cukup setakat ini, boleh? haha
Wanie dear, terima kasih sebab popularkan blog i.. heeee~

Saturday, March 19, 2011

WONDERFUL DAY!

Saya seronok masa jamuan kmm tadi. Walaupun ada kmm yang tak berapa nak bagi kerjasama. Tapi kmm kitorang semua sporting. Haha. Chi Peng yang comel, fathin yang malu, diba yang banyak gelak, wanie yang pendiam, ain yang ceria, habib yang sengal, amar tak tau malu, anas yang penyegan min yang entah la. Hahaha. Mun?? tak payah cerita la. Hahaha. Tapi seronok sangat2 la tadi, rasa nak nangis bila dah takde perjumpaan kmm lagi.

Oh, pasal game yang kitorang main tadi. Kmm kitorang kena uruskan semasa majlis, kiranya tak payah kena kemas atau masak makanan la. Jadi pengerusi majlis, penyelaras game, uruskan hadiah, tu je. Kitorang menang satu game, goreng pisang punya game. Hahaha. Mengarut la game tu. Oh, saya kena jaga satu game, telefon buruk. Haha.

Ni ayat dia ‘Dodi suka duduk sorang-sorang dalam bilik. Dia selalu terdengar bunyi gitar, gong, sape, drum, rekoder, selo, biola, piano, seruling dan angklung.

Hahaha, kering kepala nak pikir banyak2 alat muzik. Kelakar bila dorang sebut balik perkataan2 tu salah, dodi jadi rodi, seruling jadi serunding, sorang2 dalam bilik jadi dalam bilik sorang2. Hahaha. Serunding paling kelakar. Haha.

Bila dah habis main game semua, kena buka hadiah sama2 pulak, aduyai. Sedih giler, mug pun jadi la, sekurang-kurangnya balut la dulu, yang paling tak tahan, min asyik pandang2 pastu gelak je kat hadiah mug tu, amar pulak cakap, weh mun bukak la hadiah kau. Diba, fathin , ain gelak macam nak pecah perut. Kejam kot dorang. Hahaha. Hadiah habib paling menarik, dia dapat labu sayong kot.

Part paling sedih bila kmm lain ambik gambar, kitorang pandang dorang dengan seribu kesedihan (sebab takde kamera!) ceh, padahal boleh je amik gambar pakai phone. Seronok+penat+sedih+gembira+bahagia. I’m going to miss kmm 133.


p/s:malam ni punya jamuan lagi menarik

That's all for now. Thank you for reading.

Saturday, March 12, 2011

TRIP TO TELUK INTAN & D DIAMOND DINNER

Oh, dah lama nak tulis post ni, tapi rasa MALAS sangat nak buat. HAHAHA. Ok, teruskan. Saya ke teluk intan pada 5/3 hari tu. Sebabnya? Tak payah tau lah, orang2 yang tertentu je yang tau. heeee~ tengok ni berapa banyak tiket nak pergi ke teluk tuh. Sebenarnya ada dua sebab kami ke sana, sebab utama, RAHSIA. Sebab kedua, teman _ _ _ _ _ jumpa buah hati.

Haha. Comel la dorang tu. Yang sorang tu tak tau malu yang sorang lagi pulak segan2. Menyampah je. Haha. Ok, gurauan semata2. Oh, seronok dapat teman dorang dating, sebab saya dapat makan free. Haha. Best! Itu je kot pasal teluk intan tu.

Next, on the same date, kitorang ada diinner blok intan. Sebab tu lah nama dinner ni D Diamond dinner. Not much to say, boleh la tahan. MENARIK jugak la. Duduk, makan, dating, balik semua dengan salwa. Hehe. Thanks salwa. Oh, nah gambar. Silakan2, semua tengok2.



owh, saya dengan kak ain.

fatin!!


salwa yang comel.


kak zana, maryam,me!!


oh, entrance. red carpet. hehe


That’s all I had. Thank you for reading. Haha

Thursday, March 3, 2011

Someday You'll Cry for Me Like I Cried for You.
Someday You'll Miss Me Like I Missed You.
Someday You'll Need Me Like I Needed You.
Someday You'll Love Me but I Won't Love You Anymore.
Oh, harini birthday wanie dear.. Happy 19th Birthday dear~

Not in mood nak update blog. I'm losing my friends. Mungkin sebab saya tak pandai nak jaga kawan. Awak, terima kasih sebab tinggalkan saya sorang2. Kalau tak mesti saya dah buat awak sengsara sorang2 kan?? This post was specially made for you dear.


Friday, February 25, 2011

REMOVE and ADD

I've made a few changes, remove here, remove there, add here, add there.. Hahaha. Macam takde kerja lain je nak buat. Haha. Oh, saya ada tambah shoutbox kat tepi tu, comel kan? Ok, nak tulis apa lagi ye? Urmm, esok saya berkemungkinan outing. Yeah! Macam tak percaya kn? I've listed out a few things in my mind. Ok, lets hear it out.




~softner (dah tinggal beberapa titik je lagi)
~toothpaste (picit dua tiga kali lagi habislah)
~meggi
~body foam (kosong dah kot bekas sabun tu)
~biskut
~gula2 getah

Rasanya tu jelah kot.Tapi kenapa mimpi macam banyak sangat barang yang nak kena beli? Ni mesti kes tak sabar nak balik rumah. Hahaha. Ok, jangan mulakan kata2 mengarut anda mun.


Oh, cuba teka saya tengah chat dengan siapa sekarang ni?? Ta-da! Rahsia, mana bole bagitau, jatuh maruah sebagai seorang muslimah.. CEWAH~

p/s: saya betul2 tak tahu nak tulis apa kat p/s kali ni. haha

Thursday, February 24, 2011

NEWIE...

Oh, saya tukar template design yang baru. Dah bosan la dengan yang lama tu. Nak buat macam mana, manusia memang cepat bosan dengan sesuatu perkara. Macam saya la, dah bosan tengok design yang tu, tu la nak tukar baru nih. heeee~ Ok, sebenarnya saya dah lupa nak tulis apa, tu yang mengarut pasal design lah tah apelah lagi. HAHAHA.


Saya dah ingat! Ok, lupa balik. Mengarut banyak2 dulu lah, nanti idea tu datang la kot. HAHAHA. Pagi tadi saya makan nugget je, tak sempat nak ambil fries. Kecewa la jugak. Takpe la, esok ada banyak lagi boleh makan kn?? HAHA.

Baiklah saya dah ingat! Semalam saya text awak. Mesti awak bengang sebab saya reply message awak sangatlah lambat, kalah kura2 taip message. Yela, nak bua macam mana, aura mengantuk lagi kuat dari aura awak yang memang tak berapa nak hensem tu. Intan dengan roomate dia semua dah nyenyak masuk ke alam mimpi yang pastinya indah. HAHA. So sorry ye awak.

Oh, tadi madam yang ajar kitorang english cakap, nak maju kena ada confident level yang tinggi. Jangan asyik harapkan orang lain je. Jangan jadi parasite. Ambil kesempatan terhadap orang lain, dan musnahkan dia pulak (yang ni madam tak cakap saje2 tambah) heeee~ yang mana membuatkan saya terfikir tentang masa depan saya. Sempat ke saya kawin?? Sempat ke dapat anak?? Ok, ini dah mengarut dah. Cukuplah setakat ni, nanti keluar benda lain pulak. Ada ke orang nak kawin dengan saya? Ok mun, sudah tu mengarutnya. HAHAHA


p/s: sempat ke saya kawin?? hahaha
tak jadilah nak tukar design. heee~

Wednesday, February 23, 2011

NO NEW POST

Tiada yang baru. Baru sedar sejak kebelakangan ni asyik tulis benda2 yang mengarut je. Hahaha. Ok, mari masuk topik yang serius. PSPM dah dekat sangat dah nih. Persiapan?? Tidur awal dan bangun lambat! Yeah! Terbaiklah mun! hahaha.

Oh, semalam kan, saya check balik course yang saya mohon untuk ijazah nanti, dan saya rasa memang kena ubah 100% benda tu. Gila ah, takkan nak masuk UMT kot? Tak nak lah! Mengarut, dah la jauh giler! Tu lah pasal, masa isi borang tu main2 lagi, tengok tv la, makan la, tengok movie la. Sekarang baru nak menyesal! PADAN MUKA!

Enough about that. Nak mengarut kejap. Sebenarnya, saya sangat down hari ni. Tak payah la bagitau sebabnya. Rindu nak balik rumah la pulak... Aduyai.. takpe mun, kejap je lagi kat sini. Dah la, tak nak mengarut lagi. Pelik2 je. Eh, tiba2 nak cakap pasal nugget la pulak.

Saya breakfast nugget tiap2 hari. Nyum2. Sedap kot. Ada lagi satu benda.

Yeah! Fries. sedap semuanya!
Saya beli makanan take away je semua. HAHA. Pastu makan depan lecture hall, tak pun dalam lecture hall. Hahaha. Sumpah tak senonoh gila!



p/s: ni lah yang jadi bila saya dah mula mengarut. HAHA

lagi satu, takziah dila. AL-FATIHAH