Sunday, June 19, 2011

UPDATE!


Hahaha! Lama gila tak update blog. Serius, malas gila. Dah la takde benda nak tulis. Yela, duduk rumah jadual hari2 sama je. Haha! Yosh! Lama gile tak update blog. Malas la. Haha. Urmm, ni tiba2 rajin sangat nak update. Haha. Disebabkan terlampau kemaruk tengok cerita kiss & cry, haha guees what? Yeah, kitorang pegi ice skating. Haha!

souce: hello kpop

Yosh! Hot kot. Haha.
tapi...haha, kitorang takde la sehebat dia nih. Haha. Masa mula2 atas ais tu, ye ar, licin kot. Ingatkan sama je macam rollerblade, tp lagi susah kot. Tengah seronok2 berskate kat situ, tiba2 ada orang yang memang pro tolak saya dari belakang. YOSH! Benci oh, habis basah sume. Haha, tapi kan.. haha, takpelah, yang tu tak payah citer.
yang paling kecik tu, kaki saya. haha!


Seronok, rasa nak main lagi je. Oh, kakak saya paling banyak jatuh saya rasa. Sampai kena tukar baju baru. Haha. Bayangkan nak kena beli baju dia lepas penat berskate, rasa nak tercabut je kaki tu. Haha.



p/s: oh, benda n saya dah buat lama dah, malas nak publish je. hehe

Friday, June 10, 2011

hurmm...

Bila suatu hari kita dapat banda yang tak pernah kita angankan, indah ke perasaan tu?? Entah la. Tiba2 terasa nak update blog yang nak dekat sebulan tak bersentuh. Sibuk marathon Paradise Ranch, tengok lagu, baca gosip yang mengarut-ngarut, tekanan perasaan, tak boleh tidur malam, ok cukup!


Tak pernah saya bayangkan dapat tawaran masuk USM. Dalam fikiran saya, saya hanya layak masuk universiti yang tak perlukan kelayakan yang tinggi. Entah tiba2, hidup saya berubah setelah dapat tawaran ke USM ni. Mungkin sebab course yang saya mintak tu tak ramai yang nak, mungkin sebab tu saya dapat kot. Result saya takde lah sehebat orang lain, mungkin sekadar layak untuk lulus.

Yeah, lagi stress. Ok, masa pilih sains gunaan tu, tak pernah pikir tapi bila dah dapat, saya confuse. Sains gunaan tu ape? Dah try google pun tak dapat pape. Entah la, saya patut bersukur kan?? Orang yang nak sangat masuk USM tak dapat, tapi yang acuh tak acuh ni tiba2 je dapat. Rezeki.....
kita takkan pernah tau...

p/s: challenge tu saya buat nantilah, tiba2 takde mood.